//Burlesque
le majesty

My Mustache



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to my official online diary!Do follow me yaa :D p/s: no HARSH WORDS here :3


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited by: Asyraf A.H
Others:   


vogue vs hot darlin' : menggegar sm dato'onn

assalamualaikummm.....(kum apa kombit hahah :P)


haaaa....actually....my bff (ieka) yg suruh i post my novel to this blog..semua watak diinspirasikan oleh perwatakan pelajar 3 delima 2011
(tulisan ini ditulis bukan untuk dihafal,sudahhh pergi baca novel ini...happy reading :)



      "Cik Farisha oh cik Farisha,cepat bangun cik!,nanti cik lewat ke sekolah."Bibik Isah cuba mengejutkan Nurul Farisha binti Tan Sri Abdul Hamid dari lamunan tidurnya.

"Bik,sekarang sudah jam berapa?"tanya Farisha ataupun nama manjanya Scha.Dia mengeliat dengan penuh gaya persis keayuan yang ditonjolkan oleh kerabat diraja iaitu Kate Middleton.

 "Sudah jam 6:25 cik"jawab bik Isah dengan nada yang rendah tetapi jelas serta tajam didengari oleh telinga Scha.
     
"Apa...!,sudah jam 6:25?,kenapa bibik tidak kejutkan awal sedikit?"Scha berkata lagi."Bibik tidak tahu ya, yang saya sudah sekolah hari ini."Sememangnya,perangai Scha yang garang macam singa itu cukup menggerunkan bibik Isah.
     
"Maafkan saya cik!"Bibik Isah cuba membela dirinya.Terketar-ketar bibik Isah dibuatnya,silap haribulan boleh terkucil tahu!
     
 "Bibik ni!baju saya sudah seterika?,kalau sudah bagus,saya mahu mandi dulu,sudah!keluar cepat,jangan nak terhegeh-hegeh."Farisha dengan kejamnya mengarahkan bibik Isah keluar dari biliknya.Scha cuba mengawal emosinya yang tidak begitu ‘okey’ pada pagi itu.
    
"Baik cik"Bibik Isah dengan keadaan yang terketar-ketar keluar segera dari bilik ‘keramat’ itu
           
 Setelah selesai mandi dan memakai seragam sekolah,Farisha lantas mengambil 2 keping roti jenama Gardenia bagi mengalas perutnya.Dia tidak sempat bersarapan bersama papa dan mamanya kerana dia khuatir akan lewat ke sekolah.Dia terkedek-kedek seperti penguin yang sungguh comel menuju ke lobi rumah.Hey,bukan hotel saja yang ada lobi ya,rumah Scha pun ada tau!
     
Setibanya Scha di sekolah,dia terus ke kantin bagi membeli 3 biji karipap dan secawan teh 'o' panas.Kemudian dengan lengang-lenggok ala-ala miss universe Malaysia, dia mencari kawan-kawan karibnya di meja yang terletak di bahagian  tengah kantin.Yakni secara lebih tepatnya lagi,betul-betul menghadap penghawa dingin Yurk yang ditaja sendiri oleh syarikat penghawa dingin gergasi lagi gah di Malaysia.
      
            "Hi girls!".Sapa Scha kepada kawan-kawannya.Sejurus mendekati meja yang selalu menjadi port mereka bersepuluh untuk menjamu selera.
 
"Hi Scha!"Balas mereka dengan nada yang penuh dengan keceriaan.
     
            "So girls,hows your holiday, is it interesting or not".Scha menguarkan soalan yang bakal menjadi topik utama perbualan mereka setelah hampir 2 bulan lamanya tidak bersua.
     
"Saya pergi ke Bali"Jawab Ieka Mellissa yang hanya mahu lebih dikenali sebagai Ieka.
     
            "Wow!Its quiet interesting,tapi taklah sehebat saya"Scha dengan kejamnya membalas kata-kata Ieka.

“Euhh,apa kelas cuti kat Bali,hurrgh!!Jatuh standard”Bisik Scha di dalam hati.Matanya juga turut memberikan ekspresi yang cukup mengerikan.Jikalau saja Ieka mengetahui isi hati Scha pada waktu itu,tentu mereka bermusuhan!
     
            "What’s about you all?"Soal Scha lagi dengan gaya ala-ala datin yang sedang bergosip yang selalu ditontonnya di TV.Paling tidakpun,dia selalu melihat aktiviti ini pada waktu petang iaitu sewaktu mamanya,Puan Sri Darina Marsha sedang menganjurkan mesyuarat kaum datin digazebo yang berhadapan dengan tasik buatan di rumah mereka.
           
            "I went to Hong Kong!"Jawab Sandra Sharmimi . “Hong Kong?,hmm dah pergi dah”Scha mengkritik tanpa perikemanusiaan!

"Saya pergi ke Thailand” Jawab Erra Tasha.Ringkas.Dia sememangnya tidak mahu bercakap panjang kerana takut akan diketawakan oleh the Vogue’s yang lain.

"I went to L.A"Jawab Syarifah Nisha yang berketurunan arab.Nisha sengaja menekankan perkataan ‘L.A’ itu untuk membuatkan dirinya dikagumi berbanding ahli Vogue yang lain.
           
            "Wooo!"Rata-rata ahli Vogue kecuali Scha bersependapat bahawa percutian Nisah merupakan percutian yang paling berkelas diantara mereka.Hidung Nisha kembang-kempis tatkala pujian yang seharusnya dilemparkan kepada Scha bertandang kearahnya.Bak kata pepatah Vogue, ‘bagai orang yang sejuk,dibentangkan comforter’!
           
            "Anyone?"Tanya Scha lagi.Sejujurnya,dia tidak betah melihat hidung Nisha yang mancung itu kembang-kempis.Sakit jiwa tahu!

Scha akhirnya bejaya memikirkan solusi yang berkesan bagi menangani kegedikan Nisha.Lantas,jari telunjukknya menuju  kearah Adriana alias A.D yang sedari tadi diam seribu bahasa.

            "Saya pergi ke Labuan je"Jawab A.D ditambah dengan senyuman plastik.

     Sebelum ahli Vogue yang lain mentertawa atau mengejek atau rasa nak pengsan,dia lantas memotong situasi yang kurang menyenangkan itu dengan memberi alasan yang agak klise lagi biasa.
           
            "Kedua-dua ibu bapa saya terpaksa ditugaskan kesana sewaktu cuti,jadi mereka ajak saya sekali.Labuan menariklah.Anyway,Saya ada bawakan awak semua coklat kegemaran kita sebagai ole-ole dari Labuan."

            Tambahnya lagi sambil tangannya menunjukkan pelbagai jenis jenama coklat yang harganya di Kuala Lumpur boleh mencecah ratusan ringgit!Lagipun dia sememangnya ingin topik perbualan ini ditukar dengan secepat mungkin.Masakan tidak ahli Vogue yang terkenal dan berpengaruh sepertinya hanya bercuti di dalam Malaysia.Tak tahu nak sorok muka dimana!
           
            Dan sekali lagi,Scha bergosip di dalam lubuk hatinya dengan berkata “Boring and what low class”
           
            "Hei A.D,murahnya coklat ni!"Soal Dayangku Siti Ruziannah ataupun nama glamournya Anna.Dia sebenarnya berketurunan  kerabat diraja Brunei.Apa yang menariknya mengenai Labuan?,Biarpun I came from Brunei, I’d never went to Labuan seriously!"Soalnya lagi yang jika dilihat secara lebih terperinci gayanya ada iras-iras wartawan terkenal Malaysia iaitu tidak lain dan tidak bukan,Karam Singh Walia!         

            "Errr..errr tak boleh lah cerita sekarang,kalau saya cerita jugak,sampai subuh pun tak habis"A.D atau nama sebenarnya Adriana sempat lagi melawak biarpun dia agak kekok hendak menjawab soalan yang diajukan oleh Anne itu.
           
            "Perhatian kepada semua pelajar SM Dato Onn,sila beratur di dataran Putra sekarang juga!"Suara Rioh seorang pengawas yang tegas dan sombong mula bergema di seluruh pelosok sekolah.Suaranya yang sengau bak itik yang tertelan guli itu menyakitkan telinga bukan sahaja The Vogue’s ,malahan semua pelajar SM Dato’ Onn

            "Cepat semua!'mak tiri' dah meleter tu"Arah Scha kepada kawan-kawannya.
Mereka semua berpusu-pusu keluar dari kantin menuju ke dataran Putra tanpa sempat mendengar serta melihat keangkuhan Scha bersama percutian mewahnya. 
            
            Sesudah tamat perhimpunan 10 orang gadis yang kaya lagi ternama di sekolah elit tersebut masuk ke kelas mereka dengan lenggang lenggok yang mampu mencairkan hati jejaka-jejaka di SM Datuk Onn.Jika diperhatikan dari A sehinggalah Z personaliti mereka tidak ubah seperti Paris Hilton takpun kegedikan Sharpay yang dilakonkan oleh Ashley Tisdale.
           
            Kalaulah Bernard Chauly,pengarah filem yang terkenal iaitu Pisau Cukur mengenali mereka semua,gerenti Fazura dan Maya Karin tak akan berpeluang membintangi filem itu.Haa…jangan main-main dengan kehebatan mereka menggedik.Bak kata orang putih, “Don’t play-play”.

            "You all,this year kita semua kelas apa ya?"Tanya Mia Fatarani,anak kepada duta Indonesia di Malaysia yang juga begitu berpengaruh sama seperti yang lain.Mia seringkali menggunakan bahasa Inggeris yang ‘dikahwinkan’ dengan bahasa Melayu ataupun Indonesia untuk bercakap,menulis status di FB,menulis di blognya dan banyak lagi.Oh ya!,SMS pun tidak ketinggalan untuk menggunakan bahasa yang ‘unik’ ini.
            "Wait! Let me think first..hmm..kalau tidak silap saya la,kelas kita tahun ini ialah 3 Eiffel" Jawab seorang lagi ahli Vogue yang tanda namanya tertulis ‘NurZeti Latisha binti Ariffin Harsat’.Dia merupakan salah seorang Vogue’s yang berdarah campuran atapun bahasa pasarnya kacukan.
           
            "Wah!nampaknya tahun ni kita sekelas lagi lah".Kata Dilla Moonira binti Datuk Hassan Jalal,anak kepada jutawan terkenal di Malaysia.Muka nya yang comel seperti gadis Jepun itu terserlah tatkala dia ketawa.Sememangnya,Dilla antara The Vogue’s yang paling  ‘Kawaii’. Ayahnya,Datuk Hassan Jalal merupakan CEO kepada beberapa syarikat mega yang terdapat di Malaysia seperti Sime Barbie,Anilever,Nestlei,Air Malaysia and Asia  dan banyak lagi.



Labels: