//Burlesque
le majesty

My Mustache



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to my official online diary!Do follow me yaa :D p/s: no HARSH WORDS here :3


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited by: Asyraf A.H
Others:   


vogue vs hot darlin': episod dua

sambungan episod 1: keep reading :)


Sejurus mereka tiba di kelas,The Vogue’s terus ke meja masing-masing dan duduk untuk beberapa detik.Kemudian,Scha memercikkan beberapa titis pewangi jenama Chanel ke atas bajunya yang ditempah khas dari Paris.Dan akhirnya, ‘aktiviti’ Scha itu diikuti oleh beberapa ahli yang lain.Maka kelas 3 Eiffel pun mempunyai bauan yang bercampur aduk seperti Chanel, DKNY, Dior Addict dan yang paling murah pun hanyalah perfume yang dibeli di butik  The Body Shop.

            Tidak lama kemudian,Puan Gagarita seorang guru bahasa Inggeris yang tegas tetapi penyayang masuk ke dalam kelas bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.Dia membelek-belek buku kawalan kelas dan menyebut beberapa nama bagi mengangkat kamus bahasa Inggeris di bilik Panitia Bahasa Inggeris.

                  "Afifah,Adriana,Mia,Aaron dan Fauzi,tolong angkat kamus di bilik guru".Puan Gagarita mula memberi arahan.Suaranya yang lembut itu nyata menyenangkan hati  pelajar-pelajar 3 Eiffel ditambah pula dengan sekuntum senyuman yang terukir dibibirnya.Cukup menenangkan jiwa para pelajar. 

                  "Alah cikgu,nanti kuku kami patahlah!"Adriana dan Maya mula merungut.Mereka berdua amat khuatir sekiranya kuku yang ditata rias dengan ikon-ikon kartun seperti Angry Bird dan Domokun patah! Begitulah juga patahnya hati mereka apabila kuku-kuku tersebut patah hatta calar sedikitpun.

                 "Kamu semua jangan nak mengada-ngada,angkat sahajalah kamus tu,cikgu,jangan risau,saya akan pastikan yang semua kamus diangkat tepat pada masanya dan dengan kuantiti yang tepat iaitu tidak kurang dan lebih semestinya."Afifah seorang ketua kelas yang gila kuasa serta kuat mengampu guru mula menunjukkan yang dia merupakan seorang yang ringan tulang.

                 "Eleh!dia yang mengada-ngada.Dah la mulut berbau petai."A.D sempat lagi bergosip bersama Maya.
                
            "Entah!menyampah aku!Memang pun.Rasa nak lanyak je budak ni"Maya membalas gosip A.D beserta aksi jeling-menjeling.Rata-rata Vogue’s terlalu meluat dan muak tatkala melihat Afifah,si ketua kelas mula mengada-ngada.
             Sesudah selesai mengangkat kamus bahasa Inggeris yang tebal bak buku jurusan undang-undang itu ke kelas mereka,Maya dan A.D sekali lagi dengan gediknya mengurut-urut jari mereka menandakan jari-jari mereka yang mulus itu berada dalam kesakitan pada tahap yang maksimum! Pelajar yang lain buat tak endah dengan perangai mereka kerana sudah lali dengan benda-benda itu.Nampaknya wang saku pada bulan ini terpaksa dijimatkan demi merawat semula kuku-kuku mereka yang ‘cedera teruk’ itu di butik-butik kuku yang terdapat di sekitar kota metropolitan Kuala Lumpur.

               “Okay class, that’s all for today.”Kata Puan Gagarita yang petah berbahasa Inggeris itu memberi ‘signal’ bahawa  waktu yang diberikan kepadanya untuk mengajar telahpun tamat.Sememangnya dia tidak puas mengajar dalam waktu yang sesingkat itu.Mahu saja dia memberi kelas tambahan kepada murid-muridnya itu.

               Namun sayang,biarpun dia berpeluang untuk mengajar pelajar yang cemerlang seperti kelas 3 Pisa,2 Taj Mahal dan 5 Empire,pelajar-pelajarnya langsung tidak menghargai penat-lelahnya.Ini mungkin disebabkan Puan Gagarita bukanlah secantik cikgu Farrah Mahmudah binti Muhammad Mahmud.Apakan daya,badannya yang layak digelar saiz anak gajah tidak setanding dengan Cik Farrah yang ramping lagi ranggi serta gemar pula  mengenakan blaus yang berjenama Roxy tidakpun denim yang banyak didapati di Kuala Lumpur ini.Tidak ketinggalan dia juga mengenakan kebaya moden yang kebanyakkannya di beli di butik Cosry tidakpun tempah saja terus dari Indonesia guna pos laju.
             
            “Thank you teacher”.Laungan Afifah jelas kedengaran di segenap ruang kelas.Dan dari suaranya, jelas yang dia inginkan kepopuliritian setaraf Vogue!Suaranya yang sengau itu,aduh begitu menjengkelkan.Hendak join Vogue…kirim salam!

               “ Lepas ni subjek apa ya?"Tanya Scha kepada Mimi.Tangannya itu cepat sahaja mengemas buku-buku latihan bahasa Inggeris yang berterabur diatas mejanya.Kemudian,dia mengeluarkan sesuatu dari beg merah jambunya yang tertera jenama Gucci.Hendak tahu apa bendanya?....haaa…of courselah majalah fesyen dan kecantikan,takkanlah pulak the Vogue’s mahu menelaah pelajaran seperti sejarah dan geografi…euh!ulat bukunya.Really untrendy and not popular bak kata Ieka.

             “Subjek sejarah kot ?”Balas Maya dan AD endah tak endah.Mereka berdua yang  yang sibuk menata rias kuku yang cedera teruk akibat membawa kamus yang tebal  itu tidak suka diganggu pada waktu yang sangat ‘genting’ seperti waktu itu.Terasa hendak dipanggil sahaja ambulans untuk membawa mereka ke butik-butik kuku dengan segera sebelum kuku mereka bertambah parah!
           
            "Huammmh"Mimi serta ahli yang lain menguap sewaktu matapelajaran sejarah yang diajarkan oleh Cikgu Bujeng.Sepatah haram pun langung tidak melekat di kepala otak mereka ber-sepuluh.Fakta-fakta yang dilontarkan oleh Cikgu Bujeng sudah cukup membuatkan para pelajarnya terlentok lagi mengantuk!Sememangnya Cikgu Bujeng layak dicalonkan untuk  anugerah ‘Guru Paling Membosankan 2011’.Dijamin beliau akan menang tanpa bertanding!
           
            Anne dan Dilla kelihatan seperti hendak muntah sahaja apabila disuapkan dengan fakta-fakta yang membolehkan mereka menjadi gila jika waktu pengajaran Cikgu Bujeng lebih lama.Amira Dayana,Ieka Mellisa dan NurZeti Latisha menjadi antara pelajar yang kerap keluar Masuk tandas ketika itu.Jika diberi buku rekod masuk ke tandas,sudah tentu mereka yang akan menjadi pelajar tiga teratas!               

            Akhirnya 40 minit berlalu,Cikgu Bujeng menamatkan pengajarannya menandakan dia ingin mengadakan sesi soal jawab.Ini bermakna,hilanglah segala ‘penderitaan’ yang dialami oleh pelajar kelas 3 Eiffel itu.Anne dan Dilla pun seakan-akan hilang sudah loyanya,Amira,Ieka dan Zeti pula tidak lagi keluar masuk tandas dan pelajar yang lain termasuk si ketua kelas juga sudah mulai segar-bugar jadinya.Itulah antara kehebatan serta aura yang dimiliki oleh Cikgu Bujeng.Membuat pelajar mengantuk pada awal pengajaran dan sebaliknya pula pada sesi soal jawab.

             "Kelas,baiklah ini sahaja pembelajaran kita pada hari ini,jika ada sebarang pertanyaan sila angkat tangan ya,jangan malu-malu.Cikgu tak akan rugi apa-apa pun…haa silalah." Kata cikgu Bujeng a.k.a Abang Bujeng ataupun nama panjangnya Bujeng bin Selamat, seorang duda yang beranak 3 dan bercucu 4 itu merupakan antara cikgu yang terkenal dengan sikapnya yang miang!Kalah ulat bulu tahu.

              Ieka,Mimie,Dilla serta seluruh ahli vogue membesarkan mata mereka yang comel itu pada luar tahap normal menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mengangkat tangan,siap!Mereka semua cukup pantang mendengar perkataan ‘SESI SOAL JAWAB’ yang sering terpacul dari mulut Cikgu Bujeng.

              Zana,Erra dan  Hazwani mengangkat tangan mereka ala-ala perempuan melayu terakhir.Mereka bertiga buat-buat tidak nampak tentang ugutan yang diberi oleh Scha dan kawan-kawannya itu.Sebenarnya,Hazwani mempunyai perasaan meluat tahap tertinggi terhadap Dilla Moonira binti Dato’ Hassan Jalal itu.Kerana apa?...hmm sebabnya…

Memoir gelap Hazwani NurulJenny binti Sahri:

            Hazwani,seorang pelajar yang sederhana cantik di SM Dato’ Onn melangkah keluar menuju ke kantin sekolah.Seperti biasa dia akan membeli donat keju dan juga karipap sardin yang sudah menjadi kegemarannya.Tiba-tiba sahaja buah hatinya iaitu kapten Pasukan Bola Sepak Sekolah, Mohd Nizam Fadzrul Mohd Juffri bersama kembar Mohd Nazim Fadzrul Mohd Juffri lalu dihadapannya dengan gaya yang penuh macho sekali.Aduh! cairnya hati Hazwani pada waktu itu.Namun,insiden yang merobek hatinya berlaku tatkala Dilla hampir tergelincir disebabkan ada pelajar yang telah tertumpah air oren.Ahh! Hazwani tidak kisah jika Dilla tergelincir…tapi…tapi yang membuatkannya sedih ialah Nizam menyambut Dilla seperti seorang puteri!...ahh pada waktu itu,Hazwani bertekad untuk membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan The Vogue’s.Strategi sudah dirancang tetapi hanya tinggal waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.hehehe.

           
             "Ahh!sudah,3 orang budak poyo itu sudah angkat tangan!nampaknya panjang lagi lah info tambahan yang diberikan Cikgu Bujang itu.Sabar ya kamu budak skema,Scha sendiri yang bagi kamu info tambahan nanti.Tak sabar-sabar…tidak mengapa,kamu tunggu!"Ugut  Scha di dalam hatinya.

              Cikgu Bujeng telahpun menamatkan kelasnya.Dia meminta agar Erra,Hazwani serta Zana mengangkat buku-buku latihan ke bilik Panitia Sejarah yang terletak di tingkat empat di blok Einstein.

              Nampaknya,inilah masa yang dinanti-nanti oleh Scha serta seluruh The Vogue. Masa untuk membalas dendam!Sewaktu Hazwani mengangkat buku-buku tersebut,Scha, dengan penuh berhati-hati lagi cermat telah menendeng kaki Hazwani.Kesian sungguh Hazwani waktu itu! Mukanya yang bersih itu sekarang kasar bak kertas pasir akibat bergeser teruk dengan lantai kelasnya yang seratus peratus simen yang beralaskan jubin.

            Hatinya betul-betul menyampah bersulamkan dendam terhadap Nurul Farisha binti TanSri Abdul Hamid serta penolong setianya, Dilla Moonira binti Dato’ Hassan Jalal.Apa yang begitu membuatnya kecewa ialah semua pelajar kelas 3 Eiffel termasuk juga Cikgu Bujeng bin Selamat mentertawakannya.

            Rancangan harus dijalankan dengan segera.Dia harus berbaik-baik dengan musuh-musuh The Vogue’s.Nampaknya,dia harus menjadi jahat sejahat-jahatnya persis watak Rasti dalam drama Indonesia iaitu Nada Cinta yang wajib ditontonnya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat tepat pukul 6:30 hingga 7:30 malam di Astraw Riang.Ya! itu misi utamnya selain mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Dia nekad!

             Entah kenapa dan bagaimana Hazwani NurulJenny seperti dirasuk syaitan yang ingin menghancurkan populariti Scha dan kuncu-kuncunya sekelip mata sama sebagaimana Scha mencalarkan mukanya dengan sepantas kilat!

** episod 3 lebih mendebarkan....nantikan yerr

Labels: